Saturday, 6 April 2013

Demi Chiken Chop RM5



Nyummmy


Hari ni aku dan abang aku awal-awal lagi planning nak pergi makan chiken cop dekat Hutan Bandar malam ni.Kira petang ni kita orang dah tak makan atau masak apa-apa dah sebab kita orang nak isi perut banyak-banyak dengan chiken cop.Tak ada makanan lain ke nak makan selain chiken cop?Meh aku nak cop dekat batang hidung korang.Memang ada,tapi kat johor ni tak ada makanan lain sesedap dan semurah chiken chop Hutan Bandar ni.Chiken cop harga rm 5.Bukan kita orang tak ada duit pun cuma
nak save bajet.Lagipun chiken cop kat sini bukan setakat harga je murah giler,makan sepinggan kenyang dua hari.Hahah.Bayangkan dari Pasir Gudang ke Hutan Bandar memakan masa selama 40 minit.Abang aku sanggup redah jem yang amat dasyat.Orang china pulak berpusu-pusu puok dorang entah dari mana.Buang masa bejam-jam lamanya atas jalan raya tadi tau.Sakit kepala aku dibuatnya.Masuk je Hutan Bandar jem lagi.Makin teruk ada.Kita orang bengong ada apa malam ni sampai sesak macam ni.Nak carik parking lagilah susah.Last-last abang aku parking kete dalam kawasan sekolah,sampai kene tegur dengan pak guard.Nasib pak guard tu jenis yang bertolak ansur.Akhirnya Tuhan mempermudahkan kita orang.Malangnya,kedai makan chiken cop harga 5 ringgit tu tutup.Huhhhh! patutlah jalan raya sesak,rupanya orang-orang china ada buat persembahan Chenggey apa tah dekat situ.Menyusahkan betul.Tak tercapai hajat nak makan chiken chop.Tak apa,tomorrow never die.Kami akan berusaha pergi.

No comments:

Post a Comment