Setinggi tinggi gunung,tinggi lagi ucapan TAHNIAH aku buat pelakon utama filem ''dua kalimah'' siapa lagi kalau bukan Shahezi Sam kerana berjaya merangkul Anugerah Pelakon Filem Lelaki popular dan sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Abpbh semalam,Satu kemenangan yang tidak dijangka,sebab aku meramalkan Zizan Razak atau Farah Fauzana yang menang sebab mereka berdua ni je yang mendominasi kebanyakan kategori abpbh semalam.Ini dah Kali kedua tau dia menang. kali pertama dia menang abpbh pada tahun 2011. Tahun ni boleh dikatakan tahun bertuah untuk mamat ni sebab baru-baru ni sahaja dia telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA.Rezeki dia,tak boleh nak dipertikaikan lagi tapi tak taulah kot-kot Zed Zaidi tak puas hati jugak dengan kemenagan dia.Hahahah.Kali ni aku and the geng berpeluang tengok Abpbh secara live depan mata yang bersiaran langsung di Stadium Bukit Jalil semalam, bukan di Arena Of Stars ok.Abpbh tahun ni paling tak best.Bertemakan ''Ledakan Geometri',artis perempuan macam biasalah,berpakaian menuju ke neraka.Hahaha.Paling tak boleh blah pakaian Didie Alias yang menampakkan dia seakan-akan Alien dengan rambut kotak atas kepala.Hahaha.Artis lelaki pulak dengan seluar singkat macam orang 3 suku.Persembahan artis pun biasa-biasa jek,banyak ke laut.Tak macam abpbh tahun-tahun lepas,zaman Siti bertanding.Memang serba tak kena lah dengan abpbh tahun ni.Malas je nak komeng banyak.Haha.
First time tengok artis-artis dari dekat,sayang kita orang tak sempat nak bergambar dengan mana-mana artis pon sebab semua duk kalut.Dengan kamera buat hal.Alah apa nak dibanggakan sangat jumpa dorang.Bukan nabi atau malaikat pun kan.Yang paling aku kecewa sekali dengan Siti Nurhaliza.Tak nak bertanding dah satu hal,datang nak bagi sokongan pun tak.Humm.Ok lah dulu.Aku selalu buat entri time ni.Mengantuk dah. Bye.
