Dulu cikgu aku lepuk kepala pakai pembaris panjang kaler oren sebab benak sifir 8, kemudian aku kena hafal secara paksarela dan sampai sekarang aku tak lupa sifir 8. 8 kali 8 sama dengan 64. Terima kasih cikgu. Dulu cikgu aku baling pemadam papan hitam tepat on target ke muka bila aku tidur masa dia mengajar. Sampai sekarang aku ingat. Terima kasih cikgu. Dulu bila aku buas sikit dalam kelas, cikgu tarik sideburn aku sampai menitik air mata.Haha! Terima kasih cikgu. Dulu cikgu hukum aku lari pusing padang 2 round pukul 12 tengahari sebab tak siap kerja rumah.Marah betul aku masa tu sampai aku lari jalan kaki tunjuk protes.Terima kasih cikgu. Dulu masa kelas fardhu ain,aku masbuk satu rakaat pun kena rotan. Terima kasih cikgu. Dulu cikgu suruh aku jalan itik dari pintu pagar sekolah sebab lambat masuk kelas. Kejang seminggu urat paha aku lepas tu.Terima kasih cikgu.
Aku tak nak samakan jasa & pengorbanan cikgu dengan sebatang lilin kerana bagi aku sebenarnya jasa dan pengorbanan guru lebih jauh nak dijangkau daripada pengertian sebatang lilin.Lilin membakar diri tapi bila sampai masanya ia padam dan kita kembali dalam kegelapan. Tapi guru jasa mereka tak pernah padam.Kalau gula kita sukat guna kilo, kalau daging kita timbang kati, kalau kasih sayang kita kira ikut gila (sayang gila, sayang gila babi, sayang gila-gila), tapi jasa guru tak ada penyukatnya. Tak ada!Dulu memang tak boleh nak fikir semua benda yang cikgu buat tu ada
pekdah dia. Dulu marah ada benci pun ada. Sekarang dah besar ni baru
tahu apa pekdah dia. Terima kasih cikgu. Dah masuk 2013 ini boleh kata
cikgu ibarat Google. Ada cikgu google pakar matematik, ada cikgu google
pakar sejarah, ada cikgu google pakar bahasa, dan google macam-macam
jenis kepakaran lagi.
Pendek kata guru adalah Google yang lebih jitu
kerana mereka ilmuwan yang memang pakar dalam bidang masing-masing.Sekarang aku kata guru ibarat KLCC.Aku pandang mendongak ke atas penuh
kagum. Keranamu cikgu aku mampu hidup atas kaki sendiri sekarang.
Keranamu cikgu aku mampu tersenyum hari ini. Keranamu cikgu aku kenal
erti sebuah roda yang harus terus berpusing untuk sampai ke sesuatu
destinasi.Selamat Hari Guru Buat semua cikgu-cikgu aku.Semoga sentiasa hidup dalam limpah rahmat serta barakah darinNya.Ameen.



