Wednesday, 16 April 2014

Karpal Sighn meninggal dunia dalam kemalangan


Berita yang agak mengejutkan jugak terutama peminat peminat politik Tanah air.Deepest condolences to his family and friends.Malaysia lost one of the best and great lawyer and politician! Rasa sedih pulak bile baca komen komen orang melayu yang mengutuk dan menghina mendiang di facebook dan twitter.Memang dulu mendiang pernah menghalang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.Padanlah die halang  pun sebab die

 kafir.Apalah sangat yang die tau pasal hudud.Tak perlu nak salahkan mendiang bagai dalam isu hudud ! Mendiang bukan penghalang perlaksanaan hudud tapi mereka yang mengaku muslim dan mempertahankan kalimah Allah tu yang tidak menerima hudud ! You know guys kenapa bangsa lain tak pernah nak respect orang melayu ? Sebab attitude segelintir nilah.Tak kiralah dia islam ke kristian ke buddha ke at least show some respect.

Die manusia cuma yang berbeza hanyalah agama.Sedangkan Nabi Muhammad S.AW, jenazah yahudi lalu dihadapan baginda pun baginda bangun sebagai tanda menghormati.Inikan pula kita manusia nak tunjuk sombong dan bongkak ! Kita dok mengata die.Boleh jadi Karpal Sighn sempat mengucap sebelum meninggal.Itu kerja Allah,Allah punya kuasa.Soal kematian ni kalau boleh jangan campuradukkan dengan politik.

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru!

Dulu cikgu aku lepuk kepala pakai pembaris panjang kaler oren sebab benak sifir 8, kemudian aku kena hafal secara paksarela dan sampai sekarang aku tak lupa sifir 8. 8 kali 8 sama dengan 64. Terima kasih cikgu. Dulu cikgu aku baling pemadam papan hitam tepat on target ke muka bila aku tidur masa dia mengajar. Sampai sekarang aku ingat. Terima kasih cikgu. Dulu bila aku buas sikit dalam kelas, cikgu tarik sideburn aku sampai menitik air mata.Haha! Terima kasih cikgu. Dulu cikgu hukum aku lari pusing padang 2 round pukul 12 tengahari sebab tak siap kerja rumah.Marah betul aku masa tu sampai aku lari jalan kaki tunjuk protes.Terima kasih cikgu. Dulu masa kelas fardhu ain,aku masbuk satu rakaat pun kena rotan. Terima kasih cikgu. Dulu cikgu suruh aku jalan itik dari pintu pagar sekolah sebab lambat masuk kelas. Kejang seminggu urat paha aku  lepas tu.Terima kasih cikgu.

Aku tak nak samakan jasa & pengorbanan cikgu dengan sebatang lilin kerana bagi aku sebenarnya jasa dan pengorbanan guru lebih jauh nak dijangkau daripada pengertian sebatang lilin.Lilin membakar diri tapi bila sampai masanya ia padam dan kita kembali dalam kegelapan. Tapi guru jasa mereka tak pernah padam.Kalau gula kita sukat guna kilo, kalau daging kita timbang kati, kalau kasih sayang kita kira ikut gila (sayang gila, sayang gila babi, sayang gila-gila), tapi jasa guru tak ada penyukatnya. Tak ada!Dulu memang tak boleh nak fikir semua benda yang cikgu buat tu ada pekdah dia. Dulu marah ada benci pun ada. Sekarang dah besar ni baru tahu apa pekdah dia. Terima kasih cikgu. Dah masuk 2013 ini boleh kata cikgu ibarat Google. Ada cikgu google pakar matematik, ada cikgu google pakar sejarah, ada cikgu google pakar bahasa, dan google macam-macam jenis kepakaran lagi. 

Pendek kata guru adalah Google yang lebih jitu kerana mereka ilmuwan yang memang pakar dalam bidang masing-masing.Sekarang aku kata guru ibarat KLCC.Aku pandang mendongak ke atas penuh kagum. Keranamu cikgu aku mampu hidup atas kaki sendiri sekarang. Keranamu cikgu aku mampu tersenyum hari ini. Keranamu cikgu aku kenal erti sebuah roda yang harus terus berpusing untuk sampai ke sesuatu destinasi.Selamat Hari Guru Buat semua cikgu-cikgu aku.Semoga sentiasa hidup dalam limpah rahmat serta barakah darinNya.Ameen.

Monday, 8 April 2013

Tahniah SAM





Setinggi tinggi gunung,tinggi lagi ucapan TAHNIAH aku buat pelakon utama filem ''dua kalimah'' siapa lagi kalau bukan Shahezi Sam kerana berjaya merangkul Anugerah Pelakon Filem Lelaki popular dan  sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Abpbh semalam,Satu kemenangan yang tidak dijangka,sebab aku meramalkan Zizan Razak atau Farah Fauzana yang menang sebab mereka berdua ni je yang mendominasi kebanyakan kategori abpbh semalam.Ini dah Kali kedua tau dia menang. kali pertama dia menang abpbh pada tahun 2011. Tahun ni boleh dikatakan tahun  bertuah untuk  mamat ni sebab baru-baru ni sahaja dia telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik  AIFFA.Rezeki dia,tak boleh nak dipertikaikan lagi tapi tak taulah kot-kot Zed Zaidi  tak puas hati jugak dengan kemenagan dia.Hahahah.

Kali ni aku and the geng berpeluang tengok Abpbh secara live depan mata yang bersiaran langsung di Stadium Bukit Jalil semalam, bukan  di Arena Of Stars ok.Abpbh tahun ni paling tak best.Bertemakan ''Ledakan Geometri',artis perempuan macam biasalah,berpakaian menuju ke neraka.Hahaha.Paling tak boleh blah pakaian Didie Alias yang menampakkan dia seakan-akan Alien dengan rambut kotak atas kepala.Hahaha.Artis lelaki pulak dengan seluar singkat macam orang 3 suku.Persembahan artis pun biasa-biasa jek,banyak ke laut.Tak macam abpbh tahun-tahun lepas,zaman Siti bertanding.Memang serba tak kena lah dengan abpbh tahun ni.Malas je nak komeng banyak.Haha.

First time tengok artis-artis dari dekat,sayang kita orang tak sempat nak bergambar dengan mana-mana artis pon sebab semua duk kalut.Dengan kamera buat hal.Alah apa nak dibanggakan sangat jumpa dorang.Bukan nabi atau malaikat pun kan.Yang paling aku kecewa sekali dengan Siti Nurhaliza.Tak nak bertanding dah satu hal,datang nak bagi sokongan pun tak.Humm.Ok lah dulu.Aku selalu buat entri time ni.Mengantuk dah. Bye.

Saturday, 6 April 2013

Demi Chiken Chop RM5



Nyummmy


Hari ni aku dan abang aku awal-awal lagi planning nak pergi makan chiken cop dekat Hutan Bandar malam ni.Kira petang ni kita orang dah tak makan atau masak apa-apa dah sebab kita orang nak isi perut banyak-banyak dengan chiken cop.Tak ada makanan lain ke nak makan selain chiken cop?Meh aku nak cop dekat batang hidung korang.Memang ada,tapi kat johor ni tak ada makanan lain sesedap dan semurah chiken chop Hutan Bandar ni.Chiken cop harga rm 5.Bukan kita orang tak ada duit pun cuma
nak save bajet.Lagipun chiken cop kat sini bukan setakat harga je murah giler,makan sepinggan kenyang dua hari.Hahah.Bayangkan dari Pasir Gudang ke Hutan Bandar memakan masa selama 40 minit.Abang aku sanggup redah jem yang amat dasyat.Orang china pulak berpusu-pusu puok dorang entah dari mana.Buang masa bejam-jam lamanya atas jalan raya tadi tau.Sakit kepala aku dibuatnya.Masuk je Hutan Bandar jem lagi.Makin teruk ada.Kita orang bengong ada apa malam ni sampai sesak macam ni.Nak carik parking lagilah susah.Last-last abang aku parking kete dalam kawasan sekolah,sampai kene tegur dengan pak guard.Nasib pak guard tu jenis yang bertolak ansur.Akhirnya Tuhan mempermudahkan kita orang.Malangnya,kedai makan chiken cop harga 5 ringgit tu tutup.Huhhhh! patutlah jalan raya sesak,rupanya orang-orang china ada buat persembahan Chenggey apa tah dekat situ.Menyusahkan betul.Tak tercapai hajat nak makan chiken chop.Tak apa,tomorrow never die.Kami akan berusaha pergi.

Anggora yang zalim






Bukan aku nak seksa binatang ni tapi terpaksa.Kalau adik-adik aku  tak buat macam ni mampus kebuluran la kelima-lima ekor anak arnab ni.Hari ni genaplah 3 hari Si Anggora melahirkan 5 ekor anak-anaknya tapi sampai harini Anggora tidak mempedulikan anak-anak  dia yang masib baby tu malah dipijak-pijak lagi anak dia.Tak tahannya buat muka selamba badak.Macam tak buat salah.Aku tak taulah di segan ke haper nak bagi susu dekat anak-anak dia tu .Hahaha.Aku terpaksa pisahkan anak-anak dia dari Anggora yang melampau tu.Hari-hari kalau tak push macam ni memang tak sah la.Setakat ni,kelima-lima anak-anak dia masih lagi selamat dibawah jagaan adik-adik aku bukan Anggora  ok.Tugas Anggora just bagi susuMulai haritu aku banyak jugak baca-baca artikel pasal arnab ni kat internet  and tanya orang-orang yang berpengalaman bela arnab.

Ternyata kebanyakan arnab memang macam ni.Lepas beranak je kita tak boleh sentuh anak-anak dia sebab arnab ni mempunyai deria bau yang kuat.Jadi kita tak boleh usik anak-anak dia.Arnab ni bukan macam kucing..Berbeza sangat-sangat arnab dengan kucing.Senang lagi bela kucing.Dalam sehari ada 10 kali buat macam ni.Yang sorang tu pegang telinga,sorang lagi pegang kaki depan,sorang lagi pegang kaki belakang.Hahahahaha.Kadang-kadang pukul 2 pagi pun adik-adik aku bangun semata-mata nak memastikan anak-anak Anggora ni kenyang.Aku harap sangat adik-adik aku dapat menjaga anak-anak Anggora tu dengan baik dan kalau boleh aku nak kesemua anak-anak Anggora tu hidup dalam keadaan sihat.

Friday, 5 April 2013

Hooreyyy dapat keje !!!!

Johor Bharu : Akhirnya dapat jugak keje di Kilang Plastik ! Alhamdulillah penat plus seronok sangat-sangat.Kalau taun lepas after Stpm aku keje kilang elektronik,cuti sem yang agak lama ni tetiba nak tukar selera pulak.Huhu.Tak lah,memandangkan abang aku sekarang sudah pindah sekolah dan menetap di Kota Tinggi, so tak dapatlah aku nak keje kat kilang elektronik di Pasir Gudang tu lagi.Kalau kat sana dah ada ramai kawan.Miss sangat ngan dorang ni.Nak wat camner,rumah abang aku dekat lagi kot dengan kilang plastik ni.Tapi bagi aku sepanjang seminggu kat sini lagi best kot dari keje kat kilang elektronik tu.


This is my area
Cukup 50 kotak packing

Serius aku seronok sangat keje kat kilang plastik ni.First day aku kat sini,semua pekeje nak kenal dengan aku,sebab aku perkenalkan diri aku yang aku ni student UPSI.Mak cik-mak cik and pak cik-pak cik kat sini memang rapat dengan aku.Dorang siap bergurau lagi nak jadikan aku calon menantu.Hahaha.Dorang memang friendly,caring,sporting habis! Hari-hari nak belanja makan.Bos pulak memang terbaik woo00, memang berbeza sangat dengan bos kat kilang elektronik tu . Bos kilang elektronik tu jenis yang garang plus kedekut.Bukan nak mengata la,ada masa baiknya jugak.Hehehe. Bos baru ni sporting kot.Tak pernah lagi aku jumpa bos sebaik ni.Selalu ajak aku keluar makan dengan geng-geng dia.Bos aku ni lelaki, so tak perlulah nak bergosip bagaiiii.Aku ngan dia dah macam anak ngan ayah ! bos aku memang terbaik ! Gaji kat kilang ni pon berbeza dengan kilang elektronik.Gaji basic aku 1200,tak campur lagi dengan OT..Besalah,keje kilang kan,penat sikit.Dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.Transport disediakan tapi disebabkan kilang plastik ni dekat sangat dengan rumah abang aku,so aku g keje naik motor jela,kadang-kadang kawan aku yang baik hati ambik kat rumah ngan kete dia.

Plastik baru lepas cetak dari mesin tu panas woo!

Makan minum tanggung sendiri.Haha.Kilang ni ada 3 syif.Pagi petang dan malam.Aku ambik yang pagi.Sebab malam aku nak rest! Yes semua kilang on 24 jam!Keje-keje kat kilang ni pun tak penat sangat sebenarnya.Kalau operator pompuan untunglah.Dorang just bungkus-bungkus plastik je.Alah! plastik macam tappuware jual tafu fah kat pasar malam tu!Tugas aku pulak packing plastik yang telah diproses and satu lagi tugas aku control mesin-mesin.Banyak sangat jenis aneka bentuk bekas plastik dalam kilang tu,Namanya kilang plastik kan! Huhuhu.Sekarang dah masuk ke 3 minggu aku keje,Siap buat OT lagi hari ahad,sebab semangat la kononya.Hahaha.Semangat nak gaji double!Huhu.Apapun aku happy giler giler giler keje kat sini! hahaha.Kalau macam ni la kan,baik aku brenti belajar.Haha.Makan gaji ngan bos yang superb habes ni! Yeah!!Ada kawan baru!!! Yeahh!! hahaha. Ok la aku rasa panjang giler la pulak entri ni.Dah pukul 1 pagi ni. Terima kasih sudi membaca.Hehehehe.









Thursday, 21 March 2013

Bermualanya cuti semester !!








Final exam pun dah tamat.Ini bermakna,tamat sudah pengajian aku di UPSI untuk first semester.Syukur sangat namun masih jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan segulung ijazah.Sekejap rasanya masa berlalu tup tup sudah 4 bulan tempoh pengajian aku disini.Rasanya seperti baru semalam family mendaftarkan aku disini.Oh Allah!Untuk semester pertama ni,ia boleh dikatakan semester yang mencabar bagi aku.Dapat course yang aku tak minat,''Gaming development'' sedangkan aku tak pernah layan games! tak pernah tahu pasal games! macam mana aku boleh apply this course?Actually,semuanya kerana terpaksa.Dua tahun aku menanti U,tak dapat-dapat.Aku tiada pilihan so terpaksalah aku guna result spm aku and try apply diploma.Alhamdulillah dapat.Aku bersyukur sangat.Tapi belajar tu tetap susah.Menda yang kita tak minat.Mula-mula aku hampir berputus asa,tapi mak,ayah serta family aku banyak memberi nasihat untuk aku terus dan terus belajar.Aku tahu mereka sangat mengharapkan kejayaan dari aku.Kakak dan abang aku semua dah berjaya.Mereka tak nak aku tercicir kerana ini je peluang aku untuk berjaya.

Semester ini juga,aku mengenali ramai kawan-kawan baru,Mereka juga tak putus-putus memberi nasihat dan kata-kata perangsang membuatkan aku kembali berfikir dan merenung kembali.Abu,Hermah,Hazik,Adil,Elyandry !mereka ni antara yang paling rapat dengan aku,yang lain juga lebih kurang sporting.Aku tak memilih dalam soal berkawan.Semua aku kebas janji ikhlas nak berkawan dengan aku.Syahadat,Ila,Wawa, kawan aku dari course muzik.Dorang pun baik-baik belaka.Memang satu kepala dengan aku.Fuad,Muhammadi,Zakwan,Azman,Nora,Ezzati kawan aku yang giler-giler dari course sains dan ramai lagi lah.Di sini,aku dikenali dengan panggilan ''Abe''.Dan yang tak boleh lupa skali,my roomate Abang Amirul.Heheh.Aku panggil dia abang padahal dia sebaya je dengan aku.Panjang ceritanya!nanti tak larat kau orang nak baca.Thanks Abang Amirul sebab sudi jadi roomate aku.Aku sangat berpuas hati dengan kehadiran dia.Andai kita jadi roomate lagi next sem aku terima! pastu kita sama-sama sepahkan bilik erk.Hahahahaha.Pastu kawan-kawan aku datang bilik asyik duk complain.Kuang ajar betul.

Cuti semester 2 bulan lebih ni aku tak tau nak buat apa.Tak best jugak cuti lama-lama ni.Apapun aku dah ada planning.Maybe aku rest dan goyang-goyang kaki kat rumah dulu kot beberapa minggu baru fikir nak keje and then nak ambik lesen kereta!Tapi mak aku awal-awal lagi dah pesan cuti ni tolong dia kat rumah je.Hamboii,haha sampai bila aku nak teperap macam anak dara kat rumah.Aku pun nak rasa duit sendiri.Hehehe.Tak best asyik guna duit mak ayah je.Anak dah besar panjang.Eh cukuplah dulu entri aku untuk malam ni.Selamat malam!