Thursday, 21 March 2013

Bermualanya cuti semester !!








Final exam pun dah tamat.Ini bermakna,tamat sudah pengajian aku di UPSI untuk first semester.Syukur sangat namun masih jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan segulung ijazah.Sekejap rasanya masa berlalu tup tup sudah 4 bulan tempoh pengajian aku disini.Rasanya seperti baru semalam family mendaftarkan aku disini.Oh Allah!Untuk semester pertama ni,ia boleh dikatakan semester yang mencabar bagi aku.Dapat course yang aku tak minat,''Gaming development'' sedangkan aku tak pernah layan games! tak pernah tahu pasal games! macam mana aku boleh apply this course?Actually,semuanya kerana terpaksa.Dua tahun aku menanti U,tak dapat-dapat.Aku tiada pilihan so terpaksalah aku guna result spm aku and try apply diploma.Alhamdulillah dapat.Aku bersyukur sangat.Tapi belajar tu tetap susah.Menda yang kita tak minat.Mula-mula aku hampir berputus asa,tapi mak,ayah serta family aku banyak memberi nasihat untuk aku terus dan terus belajar.Aku tahu mereka sangat mengharapkan kejayaan dari aku.Kakak dan abang aku semua dah berjaya.Mereka tak nak aku tercicir kerana ini je peluang aku untuk berjaya.

Semester ini juga,aku mengenali ramai kawan-kawan baru,Mereka juga tak putus-putus memberi nasihat dan kata-kata perangsang membuatkan aku kembali berfikir dan merenung kembali.Abu,Hermah,Hazik,Adil,Elyandry !mereka ni antara yang paling rapat dengan aku,yang lain juga lebih kurang sporting.Aku tak memilih dalam soal berkawan.Semua aku kebas janji ikhlas nak berkawan dengan aku.Syahadat,Ila,Wawa, kawan aku dari course muzik.Dorang pun baik-baik belaka.Memang satu kepala dengan aku.Fuad,Muhammadi,Zakwan,Azman,Nora,Ezzati kawan aku yang giler-giler dari course sains dan ramai lagi lah.Di sini,aku dikenali dengan panggilan ''Abe''.Dan yang tak boleh lupa skali,my roomate Abang Amirul.Heheh.Aku panggil dia abang padahal dia sebaya je dengan aku.Panjang ceritanya!nanti tak larat kau orang nak baca.Thanks Abang Amirul sebab sudi jadi roomate aku.Aku sangat berpuas hati dengan kehadiran dia.Andai kita jadi roomate lagi next sem aku terima! pastu kita sama-sama sepahkan bilik erk.Hahahahaha.Pastu kawan-kawan aku datang bilik asyik duk complain.Kuang ajar betul.

Cuti semester 2 bulan lebih ni aku tak tau nak buat apa.Tak best jugak cuti lama-lama ni.Apapun aku dah ada planning.Maybe aku rest dan goyang-goyang kaki kat rumah dulu kot beberapa minggu baru fikir nak keje and then nak ambik lesen kereta!Tapi mak aku awal-awal lagi dah pesan cuti ni tolong dia kat rumah je.Hamboii,haha sampai bila aku nak teperap macam anak dara kat rumah.Aku pun nak rasa duit sendiri.Hehehe.Tak best asyik guna duit mak ayah je.Anak dah besar panjang.Eh cukuplah dulu entri aku untuk malam ni.Selamat malam!